Sayyid Alawi bin Abbas Al Maliki

From Wiki Aswaja NU
Share/Save/Bookmark
Jump to: navigation, search
Sayyid Alawi Al Maliki
Sayyid alawi2.jpg
Lahir : 1328 H
Wafat : 1391 H

Kembali ke Main Page << Nabi dan Penerusnya


Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani merupakan salah seorang ulama Makkah terunggul di abad yang lalu. Beliau telah mengajar pelbagai ilmu Islam turath di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusuk dunia telah mengambil faedah daripada beliau melalui kuliah beliau di Masjidil Haram, dan ramai di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara masing-masing.

Riwayat Hidup dan Keluarga

Sayyid Alwi Almaliki selalu menggunakan pakaian yang berlainan dengan ulama yang berada di sekitarnya. Beliau selalu mengenakan jubbah, serban (imamah) dan burdah atau rida yang biasa digunakan dan dikenakan Asyraf Makkah. Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan setelah meminta nasihat daripada Sayyid Alawi. Dilahirkan di rumah al-Maliki berhampiran Bab as-Salam pada tahun 1328H.

Kelahiran dan Masa Kecil

Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 1328H, menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi imam sholat tarawikh di Masjidilharam.

Nasab

Beliau adalah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abbas bin Muhammad al-Maliki al-Idrisi al-Hasani. Beliau adalah keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW.


Wafat

Beliau wafat pada tanggal 25 Shafar 1391H atau pada tahun 1971M dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari daripada kematian beliau, Stasiun Radio Saudi hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah dilakukan melainkan hanya untuk beliau.



Pendidikan Beliau

Pendidikan Madrasah

Belajar di Madrasah al-Falah dan tamat pada tahun 1346H. Kemudian menjadi tenaga pengajar di madrasah tersebut. Mengajar di halaqahnya di Masjidilharam berdekatan dengan Bab as-Salam selama 40 tahun. Juga dilantik menjadi jurunikah di Mekah.

Sanad Keilmuan

Antara guru guru beliau adalah :

  • Ayahndanya sendiri Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki;
  • al-Muhaddits al-Haramain Syaikh Umar Hamdan al-Mahrisi;
  • Syaikh Habibullah asy-Syanqiti;
  • Syaikh Muhammad ‘Ali bin Hussin al-Maliki;
  • Syaikh Jamal al-Maliki;
  • Syaikh al-Qurra’ Syaikh at-Tiji;
  • Syaikh ‘Abdullah Hamaduh;
  • Syaikh Hasaan as-Said as-Sanuri;
  • Syaikh amin Suwid ad-Dimasyqi;
  • Syaikh Mahmud al’Attor ad-Dimasyqi;
  • Syaikh Isa Rawwas;
  • Syaikh Salim Syafie;
  • Syaikh Ahmad Nadhirin;
  • Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani;
  • Syaikh Yahya Aman;
  • Syaikh Muhammad Khidir asy-Syanqiti;
  • Syaikh Muhammad al-Mujtaba asy-Syanqiti;
  • Syaikh Umar BaJunaid;
  • Syaikh ‘Abdul Sattar ad-Dehlawi

Selain itu beliau juga meriwayatkan ilmu, ijazah dan sanad daripada ulama keluarga Ba’Alawi (ahlul bait yang bernasabkan kepada ‘Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa al-Muhajir bin Muhammad bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW, antaranya:

  • Habib ‘Aydrus bin Salim al-Bar;
  • Habib Abu Bakar al-Bar;
  • Habib Abdur Rahman bin Ubaidullah as-Seggaf ;
  • Habib Alwi bin Thohir al-Haddad;
  • Habib Musthofa al-Muhdhor;
  • Habib Muhammad bin Hadi as-Seggaf;
  • Habib Umar bin Sumaith;
  • Habib Salim bin Hafidz;
  • Habib Ali bin ‘Ali al-Habsyi;
  • Habib Alwi bin Muhammad al-Haddad;
  • Habib Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi dan
  • Habib Abu Bakar as-Seggaf.

Beliau juga meriwayatkan ilmu, sanad dan ijazah daripada para ulama terkenal di zamannya, seperti:

  • al-Imam al-Muhaddits Muhammad ‘Abdul Hayy al-Kittani;
  • asy-Syarif ‘Abdul Hafiz al-Fasi;
  • Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari;
  • Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani;
  • Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i;
  • Syaikh Salamah al-‘Azzami;
  • asy-Syarif Ahmad bin Ma’mun al-Balghiti;
  • Syaikh al-Muhaddits Muhammad Ilyas al-Kandahlawi;
  • Syaikh al-Muarrikh al-Yamani Muhammad Zabarah,
  • pengarang Nail al-Wator; al-Imam al-Muhaddits al-Musnid Muhammad ‘Abdul Baqi al-Ayyubi al-Madani;
  • Syaikh Abu al-Khair al-Maidani ad-Dimasyqi;
  • Syaikh al-Mursyid Muhammad Abu al-Nasr Khalaf al-Hims dan al-Imam al-Mursyid asy-Syarif Ahmad as-Sanusi al-Mujahid.


Penerus Beliau

Murid

Banyak sekali murid beliau termasuk juga murid-murid di nusantara, beberapa tokoh besar murid beliau antara lain:

Keturunan

Selepas kewafatan Sayyid Alawi, anaknya, Sayyid Muhammad telah menggantikan tempat beliau dalam meneruskan usaha dakwah & warisan ulama, di mana akhirnya anaknya ini menjadi ulama terkenal dan dikasihi murid-muridnya serta umat di pelusuk dunia.

  • Sayyid Abbas juga seorang ulama, tetapi lebih dikenali dengan suara merdunya dan pembaca qasidah yang paling utama di Arab Saudi.


Jasa dan Karya Beliau

Kitab Karangan Beliau

Kitab karangan beliau:

  • al-‘Iqd al-Munazzam fi Aqsam al-Wahyi al-Mu’azzam;
  • al-Manhal al-Lathir fi ahkam al-Ahadits ad-Dhoif;
  • al-Ibanah al-Ahkam al-Kahanah;
  • Risalah fi Ibtol Nisbah al-Qaul bi Waihdah al-Wujud li ‘Aimmah at-Tasawwuf;
  • Risalah fi al-Ilham;
  • Ibanatul Ahkam Syarh Bulughul Maram;
  • Risalah al-Ahkam at-Taswir;
  • al-Mawaiz ad-Diniyyah [himpunan ceramah beliau diradoi Saudi pada setiap pagi Jum’at];
  • Nailul Maram Ta’liq ‘ala ‘Umdah al-Ahkam;
  • Fath al-Qarib al-Mujib ‘ala Tahzib al-Targhrib wat Tarhib, Diwan Syairnya.

Putra beliau Sayyid Muhmmad bin ‘Alawi telah mengumpulkan sanad-sanad beliau dalam kitab al-‘Uqud al-Lu’luiyyah bi Asanid al-‘Alawiyyah; dan fatwa-fatwa beliau di dalam kitab Majmu al-Fatawa wa al-Rasail.


Dakwah Radio

Disamping aktif dalam berdawah baik di Masjidil Haram atau di kota kota lainnya yang berdekatan dengan kota Makkah seperti Thoif, Jeddah dll, Sayyid Alwi Almaliki adalah seorang alim ulama yang pertama kali memberikan ceramah di radio Saudi setelah salat Jumat dengan judul “Hadist al-Jumah”


Qadhi

Juga menjadi seorang Qadhi yang selalu di panggil masyarakat Makkah jika ada perayaan pernikahan. Selama menjalankan tugas da’wah, Sayyid Alwi bin Abbas Almaiki selalu membawa kedua putranya Muhammad dan Abbas. Mereka berdua selalu mendampinginya kemana saja ia pergi dan berceramah baik di Makkah atau di luar kota Makkah.




Kisah Teladan Beliau

Pujian ulama kepadanya: Kata Imam al-Akbar Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syaikhul al-Azhar: “……Sesungguhnya Allah telah menyinari wajahnya di atas kesungguhannya yang kuat terhadap sunnah Rasulullah SAW dalam memikul, memberi kefahaman, pengajaran, pentarbiyahan dan sebagainya jalan menuju Allah….”

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz juga pernah memuji Sayyid ‘Alawi sebagaimana diceritakan oleh Syaikh Ahmad al-Haribi (Pemantau Majlis Pengajian di Masjidil Haram): “…. Pada suatu hari Syaikh ‘Bdul Aziz bin Baz berhenti di dalam majlis pengajian Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan mendengar pengajaran Sayiid ‘alawi beberapa ketika. Apabila dia berpaling, Syaikh Ahmad al-Haribi bertanya pendapat Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz tentang pengajaran Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan dia berkata: MasyaAllah! MasyaAllah. (menunjukkan ta’jub terhadap ilmu Sayyid ‘Alawi dan pengi’tirafan keatas ketinggian ilmunya)

Syaikh Muhmmad Said al-Yamani pernah berkata kepada ayahnya Sayyid ‘Abbas al-Maliki: "Sesungguhnya anakmu ‘Alawi akan menjadi perhiasan Masjidilharam." Syaikh Umar Khayyath berkata: Ketika kami berada di dewan rumah Syaikh ‘Ali ibn Hussin al-Maliki di dalam satu majlis, Sayyid ‘Alawi datang, lalau Sayyid ‘Ali al-Maliki berkata: Sesungguhnya anaku ini, ‘Alawi, merupakan orang yang mendapat anugerah dan ilham, di dalam percakapannya penuh dengan keindahan dan keelokkan, dia juga merupakan orang yang dikasihi ramai, semua orang suka mendengar pengajarannya dan aku adalah orang yang pertama suka mendengar kalamnya.

Setelah kewafatan beliau pada malam Rabu 25 Shafar 1391, tempat beliau diganti oleh anaknya iaitu Sayyid Muhammad, yang kemudiannya muncul sebagai ulama Mekah yang harum namanya diseluruh pelusuk dunia.Selepas kewafatan Sayyid Alawi, anaknya, Sayyid Muhammad telah menggantikan tempat beliau dalam meneruskan usaha dakwah & warisan ulama, di mana akhirnya anaknya ini menjadi ulama terkenal dan dikasihi murid-muridnya serta umat di pelusuk dunia


Sumber: Dikumpulkan dari beberapa media, termasuk dari http://asror-alwi.blogspot.com Sumber lain untuk lebih lengkap: Maklumat lanjut tentang Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada Sayyid Muhammad, Sayyid Abbas Al-Maliki.