Majelis AL KHIDMAH

From Wiki Aswaja NU
Share/Save/Bookmark
Jump to: navigation, search
10alkhidmah.jpg


Organisasi AL KHIDMAH adalah sebuah persatuan “non-profit” yang berdaftar (UEN# S99SS0078B) yang pada mulanya sejak awal 70an bergerak sebagai Jama'ah Thoriqoh Qodiriyyah wan Naqsyabandiyyahi bawah bimbingan & tuntunan 2 Guru Mursyid :

  • Al Marhum HadharotusSyaikh Romo KH Muhd Utsman Al Ishaqi R.A.

Kegiatan bercorak sosio-agama jama’ah bernaung di bawah seksi agama Pondok Peranakan Gelam Club (PPGC) yang pernah berpusat di 64, Club Street. Dengan kegiatan kami yang semakin bertambah, maka tertubuhlah organisasi AL KHIDMAH.

a. Majlis Mubaya'ah.

Majelis Mubaya'ah adalah Majlis yang dilaksanakan oleh Guru Thoriqoh, kepada calon murid, pada waktu dan tempat yang telah diputuskan bersama oleh para Dewan Pengurus Thoriqoh dan disampaikan / dihaturkan kepada Guru Thoriqoh.

b. Majlis Khushushy.

Majlis Khushushy adalah Majlis Dzikir, bertawajjuh, bersimpuh, bermunajat dan berdo'a kehadirat Allah SWT. bagi para murid yang telah berbai'at secara khusus kepada Guru Thoriqoh, yang dilakukan secara bersama-sama setiap satu minggu sekali, pada waktu dan tempat yang telah diputuskan bersama dan disampaikan / dihaturkan kepada Guru Thoriqoh.

c. Majlis Dzikir, Maulid dan Manaqib serta Ta'lim.

Majlis Dzikir, Maulid dan Manaqib serta Ta'lim, adalah Majlis yang mengamalkan baca'an Al Fatihah, Istighotsah, Maulid Nabi Besar Muhammad SAW. dan Manaqib Asy Syaikh Abdul Qodir Al Jilany R.A., Majlis ini dipimpin oleh seorang Imam Majlis Dzikir, Maulid dan Manaqib serta Ta'lim.


VISI

Mewujukan generasi yang soleh solehah sejahtera lahir dan batin, yang pandai bersyukur, dapat menyenangkan hati Keluarganya, Orang Tuanya, Masyarakatnya, Guru-Gurunya hingga Nabi Besar Muhammad S.A.W. sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan hadith serta tuntunan ahlaq para Salafunasoleh.


ibaadallah

MISI

  • Mewujudkan keluarga yang soleh solehah sejahtera lahir dan batin, yang senang berkumpul dalam majlis dzikir, maulid dan manaqib serta kirim doa kepada orang tua.
  • Mewujudkan masyarakat yang soleh solehah sejahtera lahir dan batin, yang senang berkumpul dalam majlis dzikir, maulid dan manaqib serta kirim doa kepada orang tua.
  • Mewujudkan kepengurusan Al Khidmah di seluruh kawasan Singapura meliputi zone-zone Timur, Barat & Utara.
  • Mewujudkan tali silaturrahmi di antara Jama’ah Al-Khidmah & ummat Islam Singapura khususnya dan masyarakat Singapura yang berbilang bangsa & agama umumnya.


Alamat : 14, Robinson Road, #13-00, Far East Finance Building Singapore 048545

Telp : +65 97492639


Sumber : http://www.alkhidmah.com/