Habib Sayid Hatim bin Ahmad Al-Ahdal

From Wiki Aswaja NU
Share/Save/Bookmark
Jump to: navigation, search

Sebahagian perawi sejarah menulis bahawa Sayid Hatim bin Ahmad adalah seorang wali besar yang hebat kekaramahannya. Beliau pernah tinggal di Mekkah dan Madinah selama beberapa tahun kemudian menetap di kota Makha (Yaman).

Diriwayatkan bahawa beliau pernah berkata: “Nabi s.a.w. mengangkatku jadi penguasa di desa dan seluruh kawasan ini”. Diriwayatkan pula bahawa beliau pernah memberitahukan beberapa kejadian yang akan terjadi pada empat tahun mendatang. Ternyata semua yang dikatakan beliau itu terjadi sama seperti yang dikatakannya.

Sebahagian penguasa yang zalim pernah mengeluarkan pengumuman untuk mensita harta seorang keluarga Ahlul Bait secara tidak wajar. Orang itu pergi melaporkan pada Sayid Hatim bin Ahmad apa yang akan dilakukan oleh penguasa tersebut. Kata Sayid Hatim: “Berikan apa saja yang akan disita, sesungguhnya ia tidak akan dapat menjamahnya sedikitpun”. Waktu penguasa tersebut tiba di rumah orang itu, si pemilik rumah membiarkan saja apa yang dilakukan oleh penguasa zalim itu. Waktu hendak dipegangnya harta yang akan disitanya itu ia merasakan pedih pada sekujul tubuhnya sehingga ia berteriak-teriak sambil bertari dan meniaggalkan harta yang akan disita dengan tidak wajar itu.

Pada suatu hari pelayan beliau mengadu bahawa untuk hari itu tidak ada wang yang akan dimakan. Lalu beliau mengambil sapu tangannya yang kosong dan dikeluarkan dari dalamnya beberapa dirham sambil berkata: “Aku diberi izin oleh Allah untuk menggunakannya sekedar keperluan kami saja”.

Ada seorang yang memfitnah dan membusuk-busukkan nama beliau di khalayak rarnai. Waktu berita itu didengar, beliau hanya mengeluarkan satu bait syair yang isinya bahawa yang berbuat fitnah itu kelak akan digigit ular. Apa yang dikatakan oleh Sayid Hatim itu benar-benar terjadi. Orang yang suka memfitnah beliau itu pada malam harinya digigit ular pada lidahnya hingga mati.

Sayid Hatim bin Ahmad wafat dikota Makha, Yaman pada tahun 101M.Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa