Habib Hassan bin Abdurrahman As-Seggaf

From Wiki Aswaja NU
Share/Save/Bookmark
Jump to: navigation, search

Beliau dikenal sebagai seorang wali yang besar karamahnya. Diriwayatkan pada suatu hari waktu beliau masih muda beliau sering keluar berburu bersama kawan-kawannya. Dalam suatu perburuan ketika rombongannya kehabisan bekal mereka mengeluh dan ketakutan. Beliau keluar ari rombongannya sebentar. Sekembalinya mereka dapatkan beliau membawa segantang buah kurma yang masih segar.

Diriwayatkan pula bahawasanya ada seorang yang memberinya pinjaman lapan gantang kurma. Pada suatu hari ketika orang itu menagihnya beliau dapatkan kurma yang dititipkan di rumah saudaranya wanita ternyata tinggal lima gantang. Sedangkan beliau tidak punya sesuatu apapun untuk mengganti. Kurma itu kemudian diambilnya dan dibolak-balikkan. Anehnya ketika kurma itu ditimbang kembali beliau dapatkan jumlah kurma tersebut menjadi lapan gantang.

Diriwayatkan pula ketika salah seorang muridnya minta izin hendak berkunjung ke rumah beliau, beliau berkata kepada isterinya: “Buatkan untuk suamimu hidangan istimewa”. Tanya isterinya: “Siapa lagi suamiku selain engkau?” Jawab Sayid Hasan: “Murdku itu akan jadi suamimu kelak setelah aku meninggal”. Apa yang diucapkan beliau itu ternyata benar. Sepeninggalannya isterinya dikahwini oleh bekas muridnya.

Diriwayatkan ada seorang murid Sayid Hasan yang mengikuti beliau waktu berziarah ke suatu perkuburan. Sekembalinya dari perkuburan waktu keduanya berjalan di bawah terik matahari yang sangat panas, sang murid mengeluh tidak dapat menginjakkan kedua telapaknya di bumi yang sepanas itu. Jawab beliau: “Letakkan telapak kakimu di bekas telapak kakiku”. Sang murid itu menjalankan perintahnya sehingga ia tidak merasa kepanasan lagi.

Sayid Hasan bin Abdurrahman As-Seggaf wafat di kota Tarim Hadramaut pada 813 H.

Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa