Habib Abdullah Ba’alawi Ibnul Ustadzul A’dzam

From Wiki Aswaja NU
Share/Save/Bookmark
Jump to: navigation, search

Beliau dikenali sebagai salah seorang ulama besar dan wali yang kenamaan di masanya.


Riwayat Hidup dan Keluarga

Lahir

Beliau dilahirkan pada tahun 638H.

Wafat

Sayid Abdullah bin Alwi ini wafat pada tahun 731H dalam usia sembilan puluh tiga tahun.


Penerus Beliau

Murid

  • Syeikh Muflih bin Abdillah bin Fahd
  • Ahmad bin Abdullah Ba’amir


Kisah Teladan Beliau

Doa untuk Pemabuk

Tentang karamahnya pernah diceritakan bahwasanya pada suatu hari beliau melihat seorang minum Khamer di Mekkah, beliau memperingatkan orang itu agar berhenti dari perbuatan mungkarnya. Namun peminum Khamer itu menjawab: “Aku adalah seorang penjahit, aku minum Khamer ini agar membantu daya khayalku dalam menjahit”. Tanya beliau: “Maka Allah memberimu kekayaan apakah Anda akan mengulangi perbuatanmu yang semacam ini?” Jawab peminum itu: “Tidak”. Mendengar ucapan orang itu beliau segera mendoakan agar ia diberi kekayaan dan dibukakan jalan untuk bertaubat. Berkat doa beliau orang itu bertaubat dan Allah pun memberinya kekayaan yang berlimpah-limpah.

Uang Terbakar

Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Ahmad bin Abdullah Ba’amir pernah bercerita: “Aku pernah menitipkan wang beberapa Dirham kepada Muhammad Ba’ubaid. Kebetulan rumah Muhammad Ba’ubaid terbakar dan hartaku pun ikut terbakar sehingga aku sangat susah kerananya. Aku datang kepada guruku Sayid Abdullah Ba’alawi untuk kuadukan persoalanku tersebut. Namun beliau tidak menanggapi persoalanku itu. Isterinya memohon pertolongan pada beliau agar beliau mau menolong padaku. Beliau mengatakan sesuatu pada pelayannya. Pelayan itu segera meninggalkan beliau. Tidak seberapa lama ia datang dengan membawa sebuah kantung yang berisi uang Dirham. Sekantung uang Dirham itu segera diserahkan padaku. Waktu kuperhatikan seluruh uang Dirham yang ada dalam kantung itu ternyata adalah uangku yang terbakar di rumah Muhammad Ba’ubaid”.

Kurma yang Habis

Diriwayatkan bahawasanya ada serombongan kaum fakir yang lapar datang kepada beliau. Beliau menyuruh pelayannya untuk pergi ke tempat penyimpanan kurma. Jawab pelayannya: “Tempat penyimpanan kurma itu telah habis isinya”. Beliau tetap menyuruh pelayannya untuk pergi mengambil kurma dari tempat tersebut. Namun pelayan itu tetap menjawab seperti jawabannya semula. Setelah itu beliau berkata: “Pergilah ke tempat penyimpanan kurma itu nanti kamu akan mendapatkan kurma di tempat tersebut”. Waktu pelayan itu pergi ke tempat penyimpanan kurma yang ditunjukkan oleh beliau ternyata ia dapatkan kurma dalam tempat itu cukup untuk memberi makan sekelompok kaum fakir yang berkumpul di rumah beliau. Bahkan setiap orang dari mereka pulang dengan perut kenyang dan membawa sisa kurma yang masih banyak itu ke rumahnya masing-masing.